Wangi Mudarat / Perfume Allergy

Patients with respiratory allergies such as allergic rhinitis and asthma can have their diseases exacerbated by perfume. Perfume particles evaporate and become airborne giving perfumes their smell. Patients with allergic inflammation in their airways have airway hyper-reactivity and can easily become irritated by inhalation of perfume leading to symptoms such as blocked nose, runny nose, sneezing, coughing and wheezing. An asthmatic who begins to cough and wheeze upon exposure to perfume suggests uncontrolled asthma.

Another manifestation of perfume allergy is allergic contact dermatitis. This form of allergy manifests as itchy, dry, scaly rash in areas of the skin exposed to perfume such as the face, neck and wrists. If you suspect skin sensitivity to perfume, one can apply perfume onto the clothes instead of the skin. Patch testing can also be done for accurate determination of the cause of the allergic contact dermatitis.

Please see a qualified Allergy & Immunology specialist for proper evaluation of your allergic diseases.

Below is a newspaper article in Bahasa Malaysia that talks about perfume allergy.

Wangi mudarat
Oleh Shaidah Shafie
shasha@bharian.com.my
2012/04/19

Rutin sembur haruman undang risiko alahan, lelah dan masalah kulit

SUDAH menjadi kelaziman Nadia menyembur minyak wangi setiap kali keluar rumah. Namun, bau wangi itu kerap menyebabkannya bersin sehinggakan selesema.

Tapi bagi eksekutif muda sepertinya, apalah sangat selesema berbanding rutin wajibnya menyembur pewangi berkenaan. Mana tidaknya, pewangi atau haruman sudah menjadi satu keperluan yang tidak dapat tidak, dielakkan.

Ada pewangi yang tidak diketahui kandungannya boleh membuatkan penghidap lelah ini berdepan masalah ‘serangan’ sesak nafas. Ada juga alahan luaran seperti kulit mengalami radang dan menjadi kemerah-merahan akibat tindak balas bahan tertentu dalam wangian yang digunakan. – Dr Kent Woo, Pakar Asma, Alahan dan Imunologi

Alasannya – Nadia berasa yakin untuk berhadapan atau berurusan dengan rakan sekerja, pelanggan mahu pun mereka di sekitarnya. Baginya, pewangi menjadi alat meningkatkan daya keyakinan diri biarpun terpaksa menahan selesema. Malah bukan Nadia seorang, sebaliknya ramai, termasuk remaja mempunyai penggantungan sedemikian terhadap wangian.

Apakah tepat tindakannya itu? Hakikatnya, sama ada disedari atau tidak, pewangi juga boleh membawa alahan sekiranya individu itu adalah penghidap asma, mereka yang mengalami masalah rhinitis dan alahan teruk.

Malah, mungkin ramai tidak ketahui ada pewangi menyebabkan kulit mengalami radang akibat alah dengan bahan kandungan dalam pewangi berkenaan.

Pakar Asma, Alahan dan Imunologi, Dr Kent Woo Chee Keen, berkata pewangi bukan perkara wajib untuk digunakan kerana jika individu prihatin mengenai kebersihan diri, tidak akan ada keperluan terhadap penggunaan wangian.
“Jika kita menjaga kebersihan diri dengan betul dan mandi mengikut kesesuaian, kita tidak perlu memakai wangian ketika menjalankan urusan seharian.

“Namun, kebanyakan daripada kita berasa lebih yakin sekiranya mengenakan pewangi sejurus sebelum meneruskan urusan harian dan ia boleh digunakan selagi tidak memudaratkan diri,” katanya yang berkhidmat di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Dr Woo yang ditemui baru-baru ini berkata, penggunaan minyak wangi atau wangian akan mencetuskan sensasi bauan terhadap deria hidu manusia dan ia mempengaruhi semangat seharian kala bekerja. Hal ini dikira positif kerana tidak mendatangkan kemudaratan kepada pemakai, namun jika individu menghidap asma, mereka mungkin alah kepada pewangi.

Bagaimanapun, tegasnya, jika individu berkenaan menghidap asma atau sensitif kepada alahan, mereka sewajarnya berhati-hati terhadap penggunaan wangian kerana ia dikhuatiri memburukkan keadaan asma yang dihidapi. Malangnya, tidak ramai yang mungkin menyedari risiko itu dan membiarkannya.

“Ada pewangi yang tidak diketahui kandungannya berupaya membuatkan penghidap asma atau lelah ini berdepan masalah ‘serangan’ sesak nafas kerana sebenarnya alah dengan bau atau pewangi yang disembur ke badan.

“Jika wangian berkenaan tidak sesuai dengan individu yang menghidap asma, dia boleh sesak nafas selepas beberapa minit menyembur pewangi ke badan. Namun jika tiada sebarang alahan, tiada kesan dialami.

“Perlu diingat, ia adalah alahan jenis dalaman kerana menyerang sistem pernafasan. Ada juga alahan luaran seperti kulit mengalami radang dan menjadi kemerah-merahan kerana tindak balas bahan tertentu dalam wangian yang digunakan,” katanya.

Memperincikan lagi, Dr Woo berkata, minyak wangi adalah campuran kompleks juzuk bauan asli dan tiruan. Lebih daripada 5,000 sebatian yang dikenali digunakan dalam pembuatan wangi dan ada sebatian tertentu tersejat dan menjadi bawaan udara menyebabkan ia berlegar-legar dalam udara.

“Jadi, jika ada individu bermasalah asma dan yang mempunyai masalah saluran pernafasan seperti alahan rinitis yang tidak dikawal, menyedut udara yang berbaur dengan wangian itu tadi, mereka akan mengalami bersin dan kesesakan hidung selepas terhidu bau itu.

“Dalam satu kajian yang diterbitkan jurnal perubatan pada 1995, sebanyak 36 peratus mengalami gangguan asma teruk, 17 peratus (sederhana) dan 8 peratus (sangat sederhana) dan gejala ini adalah disebabkan oleh kerengsaan saluran udara oleh wangian,” katanya.

Justeru, apakah yang harus dilakukan andai berdepan kemungkinan itu? Menurut Dr Woo, langkah segera perlu dilakukan seperti menemui doktor bagi mengesahkan sama ada anda sebenarnya mengalami alahan atau tidak terhadap wangian.

Alahan pada kulit akibat penggunaan haruman boleh diketahui dengan melakukan ujian tampalan pada bahagian belakang badan. Ujian itu dilakukan di hospital dengan pengendalian doktor.

“Doktor akan menampal sejenis bahan pada bahagian belakang anda. Tampalan berkenaan hanya boleh dibuka selepas 48 jam kerana kesannya akan dapat dilihat selepas tempoh berkenaan.

“Sistem imunisasi badan akan bertindak mengeluarkan tanda sekiranya anda alahan terhadap wangian seperti ada bintik merah, melecur dan radang kulit. Ada juga yang tidak akan menunjukkan sebarang tanda dan ia tidak bermakna anda tidak mengalami alahan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya ada juga alahan yang tidak akan muncul walaupun selepas 48 jam, tapi ia mungkin akan muncul selepas beberapa hari atau selepas seminggu. Paling membimbangkan ialah alahan wangian yang berlaku pada bahagian wajah kerana ia mungkin akan menyebabkan muka bengkak, ada kesan terbakar mahupun kegatalan.

“Kadang kala ada juga alahan berlaku disebabkan oleh bahan makanan kerana ada bahan tertentu yang digunakan dalam masakan turut digunakan dalam pembuatan minyak wangi seperti kulit kayu manis, cengkih dan vanila.

“Jadi anda perlu berhati-hati kerana bahan dalam makanan ada juga yang sama dengan bahan di dalam minyak wangi. Dan alahan ini tidak semestinya disebabkan oleh minyak wangi saja, makanan yang diambil juga boleh menyebabkan alahan,” katanya.

Wanita paling banyak terdedah kepada bahan alahan di dalam wangian mahupun krim badan atau kelengkapan solekan yang digunakan pada wajah kerana ada antaranya mengandungi bahan kimia yang berbau wangi.

Bagi mengelak alahan, individu boleh membaca label pada wangian sebelum mengambil keputusan membeli atau menggunakannya pada badan bahkan krim badan juga mempunyai bahan wangian.

Wanita paling banyak terdedah kepada bahan alahan di dalam wangian mahupun krim badan atau kelengkapan solekan yang digunakan pada wajah kerana ada antaranya mengandungi bahan kimia berbau wangi.

“Cara terbaik menggunakan wangian ialah menyemburnya pada pakaian kerana ia tidak akan mengena kulit secara langsung. Jadi sekiranya kulit anda mengalami alahan, cara begini dapat mengelakkan alahan berlaku,” katanya.

“Pastikan anda membaca label pada sebarang alat penjagaan badan yang dibeli. Perkataan ‘unscented’ tidak bermakna bahawa ia adalah tiada bahan wangian sebaliknya pastikan ada tertulis ‘fragrance free’ kerana ia adalah bebas daripada sebarang bahan wangian,” katanya.

FAKTA: Antara tanda alahan pewangi

  • Bersin apabila tercium bau minyak wangi dalam masa beberapa minit, anda mula sakit kepala.
  • Pening selepas menggunakannya atau mencium bau wangian
  • Tangan menjadi ruam atau gatal selepas terkena cecair

Ujian alahan

  • Doktor akan menampal sejenis bahan pada bahagian belakang anda.
  • Tampalan berkenaan hanya boleh dibuka selepas 48 jam kerana kesannya akan dapat dilihat selepas tempoh itu.
  • Sistem imunisasi badan akan bertindak mengeluarkan tanda sekiranya anda alahan terhadap wangian seperti ada bintik merah, melecur dan radang kulit.
  • Ada juga tidak akan menunjukkan sebarang tanda.

Link to article

Recent Posts: